Selasa, 27 April 2021



MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

E-FOLIO KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN

PENSYARAH : ENCIK MOHD FAIZAL BIN MAT PESA

DICEMBER 2020



PENGENALAN

BANGSA MALAYSIA

Hasrat kerajaan adalah menyatukan semua etnik di bawah satu payung yang dikenali sebagai “Bangsa Malaysia”. Tujuannya adalah untuk melahirkan warganegara yang mempunyai rasa berkepunyaan sebagai satu bangsa dalam sebuah negara. Ertinya, bangsa Malaysia merupakan konsep yang mewakili semua kaum dan ras yang ada di Malaysia. Asalkan warganegara Malaysia sahaja sama ada orang Melayu, Cina, India, anak negeri di Sabah dan Sarawak serta kaum-kaum lain mereka disatukan sebagai Bangsa Malaysia.

Asas kerukunan bernegara ialah permuafakatan dan perpaduan yang membawa kepada “kesatuan hati”, manakala persengketaan pula mengakibatkan anggota masyarakat sentiasa bergelut hingga membawa kepada konflik dan pergaduhan. Melalui perpaduan yang kukuh, pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkat agar taraf hidup rakyat semakin maju dan politik menjadi lebih stabil. Sebaliknya, akibat persengketaan rakyat hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan tanpa sebarang kemajuan.


CABARAN POLITIK

Kajian berkaitan dengan integrasi perpaduan kaum di Malaysia agak kompleks. Ini kerana, sosialisasi politik yang dilalui oleh setiap kaum amat bersifat perkauman. Agen- agen seperti sejarah, pendidikan, media, parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan amat kuat mencengkam budaya politik setiap kaum. Akhirnya, lahirlah setiap bangsa yang memperjuangkan kepentingan masing-masing. Bukti-bukti ini diperolehi melalui tinjauan yang dibuat ke atas kajian-kajian lalu sebelum ini. Keadaan tidak banyak berubah sehingga ke hari ini. Kajian ini bertujuan menilai sejauh mana pengaruh agen-agen sosialisasi politik seperti media, pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik yang dilalui meninggalkan kesan terhadap hubungan antara kaum. Hasil kajian menunjukkan bahawa sosialisasi politik perkauman melahirkan sentimen perkauman yang tinggi. Integrasi perpaduan masih lagi samar. Realitinya, sentimen perkauman masih kuat mencengkam budaya politik masyarakat berbilang kaum.


KEPENTINGAN POLITIK

Perkauman boleh tercetus akibat politik kebencian yang ditimbulkan oleh ahli politik dan ini menyebabkan  ancaman kepada perpaduan kaum. Isu nasional seharusnya dilihat dalam acuan dan agenda nasional, namun ada ahli politik dan NGO yang bersekutu menggunakan  isu tersebut dan dikaitkan dengan perkauman. Hal ini dilihat dapat dilihat dengan ucapan-ucapan ahli politik dan pihak NGO sendiri.

Tujuannya adalah untuk mendapat sokongan bagi etnik tertentu. Sudah pasti ucapan yang diberikan berunsur provokatif, membakar semangat perpaduan, menyakiti hati  orang lain atau etnik tertentu. Inilah yang boleh menyebabkan konflik dan perpecahan dalam kalangan masyarakat.


KEBAIKAN POLITIK

Masyarakat semasa bersepakat untuk merdeka dengan nilai-nilai yang dipersetuju sama. Jika matlamat dan nilai-nilai itu longgar dan tercabut, idea politik itu pun akan turut terkubur dan bangkit satu lagi idea politik yang baru.

Semasa pembentukan Malaysia, eleman-elemen yang memperkukuhkan negara bangsa seperti terkandung dalam rukun dan perlembagaan negara yang berasaskan sejarah perjalanan negara ini menjadi asasnya.

Elemen-elemen inilah yang menumpahkan rasa kasih sayang terhadap negara kita secara tulus dan abadi.


KEBUDAYAAN DARI SEGI NEGARA :

RINCI DAN MENDALAM

Inilah sifat orang Melayu yang sangat dinamik dengan perubahan yang berlaku. Namun perubahan sebesar mana sekalipun, ia tidak akan mencabut akar umbi orang Melayu.

Istilah budaya adalah kombinasi dua patah kata iaitu budi dan daya. Ia mempunyai sifat fizik dan metafizik.

Dalam kata nama umum, kebudayaan adalah konsep yang sangat luas dan meliputi hampir keseluruhan hidup manusia. Secara umumnya, kebudayaan mempunyai unsur-unsur penting.

Unsur itu ialah sistem agama atau kepercayaan, sistem politik, ilmu pengetahuan, bahasa, kesenian, ekonomi dan teknologi.

Tujuh unsur utama itu mempunyai pecahan unsur yang lebih rinci dan mendalam.

Suatu budaya wujud melalui pertumbuhan idea, gagasan, norma, nilai yang kompleks dalam masyarakat. Segalanya akan melalui beberapa tahap sehingga sampai ke titik yang dapat disepakati sebagai sebuah idea atau nilai yang diterima dalam masyarakat.


TIANG MEMBINA BANGSA NEGARA

Masyarakat ketika itu mempunyai kesepakatan bagi mewujudkan gerakan bersama membina ‘rumah besar’ pada masyarakat yang pelbagai kaum.

Mereka ialah masyarakat politik. Masyarakat politik yang dibina atas satu budaya yang sangat terbuka, toleran dan terbuka.

Menurut Rustam A Sani, sebuah negara bangsa itu pada asasnya merupakan sebuah masyarakat politik yang bersifat simbolik. Penduduknya pula terangkum dalam sebuah wilayah yang mempunyai simbol-simbol kewibawaannya yang simbolik.

Simbol-simbol tersebut dijadikan asas untuk memupuk nilai-nilai patriotisme, kebanggaan dan jati diri negara-bangsa dalam kalangan warganya.


PERPADUAN DARI SEGI NEGARA :

Perpaduan istilah umum biasa kita cakap dan dengar. Ia menjadi basahan perbualan harian dan ucapan dalam kalangan pemimpin politik. Ia istilah penting dalam pembinaan sebuah negara bangsa.

Pembinaan negara bangsa memerlukan kesatuan dan kesepaduan rakyat, apatah lagi dalam konteks keunikan Malaysia yang mempunyai rakyat berbilang bangsa, agama dan budaya. Di sinilah pentingnya gagasan 'perpaduan dalam kepelbagaian'.

Hampir semua masyarakat bertamadun yang sedikit sebanyak dipengaruhi oleh pandangan atau pernah melalui proses orientasi agama atau kepercayaan dalam sejarah perkembangan peradaban mereka.

“Oleh kerana sifat kesejagatan pengaruh agama membentuk nilai dalam masyarakat, maka kajian mengenai masyarakat tidak akan lengkap tanpa melihat agama sebagai antara faktor yang mempengaruhi pembentukan nilai masyarakat dalam sesebuah negara.




MASYARAKAT

Unsur penting yang perlu dipupuk dan dipelihara dalam kalangan pelajar ialah perpaduan dan kebudayaan. Letakkan anak-anak bersama-sama dan biarkan mereka membesar bersama supaya anak-anak akan dapat mengenali, memahami dan menghayati rakan mereka yang mempunyai warna kulit yang berbeza atau latar belakang keagamaan. Generasi muda mesti dimaklumkan dengan kepentingan perpaduan, perpaduan sosial dan perdamaian kerana mereka adalah tonggak utama kejayaan dan pembangunan negara walaupun terdapat perbezaan dalam bangsa, budaya dan agama. 

Ibu bapa juga perlu memupuk dan mengamalkan nilai-nilai positif dalam kehidupan seharian mereka untuk memberi inspirasi kepada anak untuk mencontohi kelakuan baik yang akan membantu mereka membina negara yang stabil. Nilai seperti kejujuran, integriti, toleransi, ketekunan, keadilan, menghormati orang tua dan kesedaran sivik mesti dikekalkan.


KEBURUKAN TERHADAP MASYAKARAT

Budaya juga merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan, seperti adat, moral, nilai-nilai murni, kesenian, agama dan juga tingkah laku. Secara umumnya, perbezaan budaya dan adat di Malaysia telah membentuk keunikan masyarakat di samping menonjolkan Malaysia sebagai masyarakat majmuk di mata dunia. Walaupun demikian, kita harus sedar bahawa perbezaan ini bagaikan bilah bermuka dua, ia juga mampu mencetuskan konflik antara kaum selain daripada memperkenalkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Justeru itu, isu perbezaan budaya ini seharusnya dipandang serius dan dihadapi dengan sikap positif, untuk mengelakkan kekangan kekuatan perpaduan masyarakat. Antara faktor yang membawa kepada cetusan isu ini adalah kurang kefahaman mengenai sensitiviti kaum antara satu sama lain.Sikap kurang kewaspadaan dalam perlakuan dan pertuturanKetidakfahaman yang ditimbulkan telah membawa kepada sikap prasangka dalam kalangan masyarakat yang masing-masing mempunyai pegangan agama, adat istiadat, budaya hidup yang berlainan. Meskipun terdapat banyak faktor berpunca daripada perbezaan budaya dan adat masyarakat yang mampu mengekang kekuatan perpaduan masyarakat, pelbagai inisiatif dapat dilakukan untuk mengatasi isu-isu yang tercetus, malah memperkasakan lagi perpaduan masyarakat.



LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN DAN KEBUDAYAAN 

Rakyat malaysia seharusnya menghindari sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi kaum. Meraikan hari perayaan bersama ii seperti kunjung mengunjungi, mengeratkan silaturahim , memahami perayaan dan budaya antara kaum, dan menghormati antara satu sama lain.

Masyarakat perlu memastikan ikatan persaudaraan terus berkekalan dan tidak menjadikan perbezaan sebagai penghalang sebaliknya sebagai kekayaan tradisi yang unik.Bagaimanapun, perpaduan tidak akan tercapai sekiranya masih ada sifat rasis dan kecenderungan mementingkan diri.





SOSIAL KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN

Memperkenalkan konsep nasional, penggunaan bahasa melayu sebagai bahan RASMI dan Kebangsaan. Satu proses yang menyatupadukan seluruh anggota masyarakat dan negara melalui ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat dapat meMbentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Penyatuan dalam semua aspek - fizikal, ekonomi, politik dan sosial. Perpaduan penting bagi sesebuah negara yang mempunyai keperbagaian etnik, bahasa, agama, kebudayaan dan pegangan. Keutuhan negara bergantung kepada keharmonian sosial wujud kestabilan politik. Tingkat kan per tumbuhan ekonomi.

Sosial (kebudayaan) penerimaan masyarakat terhadap sesuatu budaya berbeza dan memerlukan pemahaman yang kukuh, perbezaan dari segi agam, budaya, Dan adat , sekiranya menyentuh Dan mempersoalkan element sensitive sesuatu kaum-menyebabkan ancaman, memerlukan kepada sikap tolak ansur antara satu sama lain.





SEKUAT MANA PERPADUAN RAKYAT MALAYSIA







AHLI KUMPULAN :

1)  ANIS NAJWA BT AZAMI                             (14DHF20F2045)
2)  SITI NOORDIANA BINTI ABDULLAH         (14DHF20F2017)
3)  NUR ATHIRAH SYAFIQAH BINTI JASMI   (14DHF20F2020)
4)  A'INUL MARDHIYAH BINTI ANUAR           (14DHF20F2018)