MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
E-FOLIO KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN
PENSYARAH : ENCIK MOHD FAIZAL BIN MAT PESA
DICEMBER 2020
PENGENALAN
BANGSA MALAYSIA
Hasrat
kerajaan adalah menyatukan semua etnik di bawah satu payung yang dikenali
sebagai “Bangsa Malaysia”. Tujuannya adalah untuk melahirkan warganegara yang
mempunyai rasa berkepunyaan sebagai satu bangsa dalam sebuah negara. Ertinya,
bangsa Malaysia merupakan konsep yang mewakili semua kaum dan ras yang ada di
Malaysia. Asalkan warganegara Malaysia sahaja sama ada orang Melayu, Cina,
India, anak negeri di Sabah dan Sarawak serta kaum-kaum lain mereka disatukan
sebagai Bangsa Malaysia.
Asas
kerukunan bernegara ialah permuafakatan dan perpaduan yang membawa kepada
“kesatuan hati”, manakala persengketaan pula mengakibatkan anggota masyarakat
sentiasa bergelut hingga membawa kepada konflik dan pergaduhan. Melalui
perpaduan yang kukuh, pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkat agar taraf
hidup rakyat semakin maju dan politik menjadi lebih stabil. Sebaliknya, akibat
persengketaan rakyat hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan tanpa sebarang
kemajuan.
CABARAN POLITIK
Kajian
berkaitan dengan integrasi perpaduan kaum di Malaysia agak kompleks. Ini
kerana, sosialisasi politik yang dilalui oleh setiap kaum amat bersifat
perkauman. Agen- agen seperti sejarah, pendidikan, media, parti politik dan
pertubuhan bukan kerajaan amat kuat mencengkam budaya politik setiap kaum.
Akhirnya, lahirlah setiap bangsa yang memperjuangkan kepentingan masing-masing.
Bukti-bukti ini diperolehi melalui tinjauan yang dibuat ke atas kajian-kajian
lalu sebelum ini. Keadaan tidak banyak berubah sehingga ke hari ini. Kajian ini
bertujuan menilai sejauh mana pengaruh agen-agen sosialisasi politik seperti
media, pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik yang dilalui meninggalkan
kesan terhadap hubungan antara kaum. Hasil kajian menunjukkan bahawa
sosialisasi politik perkauman melahirkan sentimen perkauman yang tinggi.
Integrasi perpaduan masih lagi samar. Realitinya, sentimen perkauman masih kuat
mencengkam budaya politik masyarakat berbilang kaum.
KEPENTINGAN POLITIK
Perkauman
boleh tercetus akibat politik kebencian yang ditimbulkan oleh ahli politik dan
ini menyebabkan ancaman kepada perpaduan
kaum. Isu nasional seharusnya dilihat dalam acuan dan agenda nasional, namun
ada ahli politik dan NGO yang bersekutu menggunakan isu tersebut dan dikaitkan dengan perkauman.
Hal ini dilihat dapat dilihat dengan ucapan-ucapan ahli politik dan pihak NGO
sendiri.
Tujuannya
adalah untuk mendapat sokongan bagi etnik tertentu. Sudah pasti ucapan yang
diberikan berunsur provokatif, membakar semangat perpaduan, menyakiti hati orang lain atau etnik tertentu. Inilah yang
boleh menyebabkan konflik dan perpecahan dalam kalangan masyarakat.
KEBAIKAN POLITIK
Masyarakat
semasa bersepakat untuk merdeka dengan nilai-nilai yang dipersetuju sama. Jika
matlamat dan nilai-nilai itu longgar dan tercabut, idea politik itu pun akan
turut terkubur dan bangkit satu lagi idea politik yang baru.
Semasa
pembentukan Malaysia, eleman-elemen yang memperkukuhkan negara bangsa seperti
terkandung dalam rukun dan perlembagaan negara yang berasaskan sejarah
perjalanan negara ini menjadi asasnya.
Elemen-elemen inilah yang menumpahkan rasa kasih sayang terhadap negara kita secara tulus dan abadi.
RINCI DAN MENDALAM
Inilah sifat orang Melayu yang sangat dinamik dengan perubahan yang berlaku. Namun perubahan sebesar mana sekalipun, ia tidak akan mencabut akar umbi orang Melayu.
Istilah budaya adalah kombinasi dua patah kata iaitu budi dan daya. Ia mempunyai sifat fizik dan metafizik.
Dalam kata nama umum, kebudayaan adalah konsep yang sangat luas dan meliputi hampir keseluruhan hidup manusia. Secara umumnya, kebudayaan mempunyai unsur-unsur penting.
Unsur itu ialah sistem agama atau kepercayaan, sistem politik, ilmu pengetahuan, bahasa, kesenian, ekonomi dan teknologi.
Tujuh unsur utama itu mempunyai pecahan unsur yang lebih rinci dan mendalam.
Suatu budaya wujud melalui pertumbuhan idea, gagasan, norma, nilai yang kompleks dalam masyarakat. Segalanya akan melalui beberapa tahap sehingga sampai ke titik yang dapat disepakati sebagai sebuah idea atau nilai yang diterima dalam masyarakat.
TIANG MEMBINA BANGSA NEGARA
Masyarakat ketika itu mempunyai kesepakatan bagi mewujudkan gerakan bersama membina ‘rumah besar’ pada masyarakat yang pelbagai kaum.
Mereka ialah masyarakat politik. Masyarakat politik yang dibina atas satu budaya yang sangat terbuka, toleran dan terbuka.
Menurut Rustam A Sani, sebuah negara bangsa itu pada asasnya merupakan sebuah masyarakat politik yang bersifat simbolik. Penduduknya pula terangkum dalam sebuah wilayah yang mempunyai simbol-simbol kewibawaannya yang simbolik.
Simbol-simbol tersebut dijadikan asas untuk memupuk nilai-nilai patriotisme, kebanggaan dan jati diri negara-bangsa dalam kalangan warganya.
PERPADUAN DARI SEGI NEGARA :
Perpaduan istilah umum biasa kita cakap dan dengar. Ia menjadi basahan perbualan harian dan ucapan dalam kalangan pemimpin politik. Ia istilah penting dalam pembinaan sebuah negara bangsa.
Pembinaan negara bangsa memerlukan kesatuan dan kesepaduan rakyat, apatah lagi dalam konteks keunikan Malaysia yang mempunyai rakyat berbilang bangsa, agama dan budaya. Di sinilah pentingnya gagasan 'perpaduan dalam kepelbagaian'.
Hampir semua masyarakat bertamadun yang sedikit sebanyak dipengaruhi oleh pandangan atau pernah melalui proses orientasi agama atau kepercayaan dalam sejarah perkembangan peradaban mereka.
“Oleh kerana sifat kesejagatan pengaruh agama membentuk nilai dalam masyarakat, maka kajian mengenai masyarakat tidak akan lengkap tanpa melihat agama sebagai antara faktor yang mempengaruhi pembentukan nilai masyarakat dalam sesebuah negara.